top of page

Shaklee

Dari Buku Nutrisi Shaklee Jan 2014

Dr. Forrest C. Shaklee telah mengasaskan syarikat Shaklee pada tahun 1956. Beliau yang pernah menetap di Iowa merupakan individu yang berbakat. Beliau pernah menjadi chiropractor *(pakar tulang), pencipta, penulis, paderi dan personaliti radio. Setiap pengalaman yang ditimba telah membentuk wawasan beliau dan Shaklee itu sendiri iaitu "Better You, Better World".


Semangat Kehidupan

Pada zaman kanak-kanaknya, Dr Shaklee telah terdedah dengan penyakit batuk kering. Beliau tidak suka bergantung pada hospital dan ubat-ubatan. Malah, lebih kepada penyembuhan secara alami iaitu dengan mendapatkan rehat yang cukup, mengambilan pemakanan yang berkhasiat dan menghabiskan banyak waktu di persekitaran yang bersih.


Beliau amat percaya dengan pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan yang menyeluruh dan ksejahteraan. Beliau tidak pernah berhenti mencuba untuk mengekstrak nutrien dari makanan sehinggalah pada tahun 1915, Vitalized Mineral telah diperkenalkan.


Beliau juga telah membuka klinik kiropraktik untuk merawat pesakit dengan memperkenalkan konsep penyembuhan secara alami. Beliau juga telah menulis banyak buku antaranya Thoughtmanship yang menyentuh kepentingan pemikiran positif dalam kehidupan. Dalam program radionya pula, beliau sering menekankan konsep keharmonian, kesihatan dan tip-tip rahsia kehidupan yang berjaya.


Join the Largest Force for Positive Social Change in the World with Shaklee!


bottom of page