top of page

Reflections on a Philosophy by Forrest C. Shaklee,Sr.

Dari Buku Nutrisi Shaklee Jan 2014

Shaklee Corporation yang diasaskan pada tahun 1956 oleh Dr Shaklee dan dua orang anak-anaknya iaitu Forrest Jr dan Lee (Raleigh) telah menekankan konsep gaya hidup positif dan pemakanan pencegahan. Syarikat ditubuhkan lebih kepada memberi bantuan kepada komuniti California untuk mengamalkan gaya hidup sihat.


Dr Shaklee telah mengangkat setiap produknya kepada produk yang terbaik dan memenuhi keperluan sebenar. Selain itu, berdasarkan pengalaman beliau berinteraksi dengan pesakit-pesakit sebelum ini, telah menjadikan beliau amat bersungguh-sungguh menerangkan faedah kesihatan dengan cara pencegahan. Beliau begitu percaya yang mesejnya pasti tersebar luas melalui percakapan dari mulut ke mulut. Akhirnya, pasukan bapa dan anak ini telah berjaya mencipta beratus-ratus ribu pergerakan akar umbi dan sebuah syarikat yang pada hari ini bernilai USD500 juta.



Inovasi Dr Shaklee tidak berakhir dengan pemakanan sahaja. Beliau juga turut mengamalkan "Hidup Berharmoni dengan Alam" dalam penjagaan rumah dan mencipta pencuci biodegradasi (Basic-H). Beliau juga merupakan perintis dalam semua bidang termasuklah pemakanan eko-bergaya, organik dan sebagainya. Dan jelas terbukti, dalamtempoh 50 tahun kemudian, syarikat Shaklee telah membawa beratus-ratus ribu orang kepada kehidupan yang lebih sihat dan baik selain membantu kita semua hidup dalam dunia yang lebih baik.


bottom of page